~Princess Nadiah~

MY NOVEL



“ HATI WANITA DILEMA “
PENULIS : NADIAH KARIM ( MD UKM )
Published bynadiahkarim.blogspot.com
3 May 2011, Selasa 12.30am


5 tahun pengorbanan yang sarah lakukan untuk si dia. Menunggu Hariz,cinta pertama sarah yang ketika itu masih belajar di oversea dalam bidang kejuruteraan.Hariz seorang yang bijaksana malah mempunyai rupa paras yang kacak,hidung mancung dan cukup layak untuk menjadi seorang model. Sarah juga tiada kurangnya,seorang pelajar perubatan tahun 4 yang belajar di Universiti tempatan menjadi perhatian semua pelajar lelaki lain. Lesung pipit di pipi sarah dan wajahnya yang cukup jelita mampu membuat semua arjuna tidak kelip mata melihatnya.Niat Sarah untuk sambung ke luar Negara bersama teman lelaki terbatas disebabkan keputusan biologi SPM mendapat B. 5 tahun berlalu dengan pantas, kisah cinta Sarah dengan hariz . Mereka bercinta semenjak dibangku sekolah sehingga ke saat ini. Sekali setahun sahaja Sarah dapat menemui Hariz yang pulang ke Malaysia ketika musim Summer. Sarah menaruh sepenuh kerpercayaan kepada Hariz dan yakin bahawa Hariz tidak akan mempermainkan perasaan Sarah. Hanya internet dan telefon yang menghubungkan mereka.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

3 minggu berlalu , Sarah tidak lekang mengadap skype,ym fb ,dan juga telefon menantikan buah hati tersayang .Tetapi tiada langsung khabar dari Hariz. Dalam hati sarah,penuh kerisauan memikirkan Hariz. “Ya allah kau lindungilah hambamu Hariz bin Abdul Hakimi daripada segala mala petaka,semoga hambamu itu sihat walfiat dan menelefonku “ bisik hati kecil sarah. Sebelum ini tidak pernah berlaku sebegini,ni pertama kali Hariz tidak menelefon dan memberi khabar kepada sarah. Dalam pikiran sarah,bermacam-macam bermain dipikirannya. Risau jikalau ada perkara tidak diingini berlaku. Sarah terus mencapai telefon dan menelefon ibu Hariz. Kata ibu Hariz, sudah sebulan Hariz tidak memberi khabar kepada keluarganya. Membuatkan hati Sarah lagi tidak tentu arah.

Setiap kali menunaikan solat,sarah tidak lepas mendoakan yang terbaik untuk Hariz. Ketika itu, Sarah tengah sibuk dengan persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir sem 7. Dua minggu study week rasa bagaikan tidak cukup baginya , tambah lagi dengan masalah yang dihadapinya mengenai Hariz.

Sebulan berlalu dengan pantas, khabar dari Hariz masih tidak diterima. Hati Sarah terdetik hendak membuka email Hariz kerana Sarah ada menyimpan password email. Ketika membuka emai Hariz, ade beberapa mesej telah dibuka 2 minggu yang lepas. Sarah berasa sangat hairan, siapa yang buka email ini kalau bukan Hariz. Sarah selongkar dalam emailnya,dan ternampak satu mesej yang tajuknya “sayang” yang telah dihantar sebulan yang lepas. Air mata Sarah terus mengalir sehinggakan tak terkata membaca mesej-mesej yang Hariz balas dengan seorang wanita yang tidak Sarah kenali. Ayat-ayat dalam mesej itu penuh romantis dan manis seolah-olah mereka nampak begitu akrab. Sarah tidak puas hati dengan apa yang dibacanya sebab sarah percaya Hariz tidak akan melakukan sampai sebegitu sekali.Bila diselongkar email dan notification yang diterima Hariz dari FB, mereka seolah-olah sudah berkenalan selama 2 tahun yang lebih dan sangat akrab. Wanita itu merupakan rakan univerisiti Hariz di oversea. Sarah masih tidak dapat menerima kenyataan tentang ape yang dilakukan oleh Hariz.Sebab itu la,sejak setahun yang lepas Hariz begitu tidak berminat nak mendengar ape yang sarah ceritakan.Telefon pun tidak diangkat.Dia seolah-olah bukan Hariz yang Sarah kenali 5 tahun yang lepas.

Sarah menangis dan menjerit sekuat hati setelah apa yang dilakukan oleh Hariz.“Kenapa Hariz sanggup menipu dan mempermainkan Sarah?ape salah Sarah?tidak sempurna ka sarah dimata Hariz. 5 tahun sarah menunggu hariz.even bermacam dugaan yang sarah terima.sarah tetap tabah menghadapinya untuk mengekalkan hubungan kite,hariz”kata hati kecil sarah. Sarah mati-mati ingat Hariz tidak sihat rupanya ini yang Hariz lakukan pada sarah.Sepenuh kepercayaan sarah berikan tetapi berakhir dengan begini sahaja.

Sarah tidak tenang memikirkannya, migrain kerap datang sehinggakan 2 hari sarah minta MC .Sarah inginkan kata putus dan penjelasan dari Hariz. Sarah masih harapkan apa yang sarah baca itu hanya la mimpi sarah. Sarah terus mencapai hp dan menaip mesej kepada Hariz.

“Hariz, kemana hariz pergi selama ini.Sarah menunggu hariz di depan ym,fb,skype dan hp tidak pernah lekang dari tangan sarah hariz.Kenapa bila ditelefon dan dimesej tidak dijawab?Kemana hariz pergi?Hariz tak sihat ke?Kenapa email yang sarah hantar tidak dibalas tetapi email dari seorang wanita yang bernama”hana” hariz reply mesejnya.Siap ada sayang-sayang lagi.Kenapa Hariz?siapa Hana?minta maaf kalo sarah membuka email hariz tanpa pengetahuan hariz.tapi sarah risaukan hariz. Sarah inginkan penjelasan dari hariz sekarang jugak.sarah penat menangis siang malam,tidak pergi kelas memikirkan orang yang sarah sayangi. 5 tahun kita bercinta hariz,tetapi kenapa berakhir begini?plzz reply my mesej if u really care about me. Sarah hanya inginkan penjelasan.apa sahaja keputusan hariz ,sarah akan cuba terima dengan hati terbukadan jikalau itu jalan yang hariz pilih sarah akan ikut dan redha .” Mesej sarah pada hariz.

30 minit kemudian, telefon sarah berbunyi.sarah terus mencapai telefonnya dan mengharapkan mesej yang diterimanya itu adalah hariz.Akhirnya hariz membalas jua mesej yang dihantar.

“ hmmmm..hariz minta maaf sarah sebab melukakan hati sarah. Hariz telah membuat keputusan untuk pilih “Hana” dan bukan sarah. Hariz harap sarah dapat melupakan hariz.take care.” Tergamam sarah membaca mesej dari hariz.akhirnya segala yang bermain dipikiran sarah terungkai. Hariz telah mempermainkan perasaan sarah dan memilih si perampas itu.

“5 tahun sarah korbankan untuk hariz tetapi ini yang sarah dapat.Sampai hati hariz buat sarah macam ini.Semoga tuhan sahaja yang membalas apa yang hariz lakukan pada sarah” penuh sayu suara sarah dengan air mata yang mengalir deras di pipinya.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dua tahun berlalu, sarah kini telah bergelar seorang doctor perubatan dan bekerja di hospital Selayang. Bergelar housemen , adalah sangat tough bagi sarah.Kesibukannya dengan oncall setiap hari membuatkan dirinya tidak pernah mengeluh kerana bagi sarah itu adalah tanggungjawab yang harus dipikul oleh seorang doktor untuk menyelamatkan nyawa setiap pesakit.

Dua tahun yang lalu juga adalah noktah hitam yang berlaku dalam hidup sarah kerana berjaya membuatkan sarah benci dan tidak percaya kepada lelaki. Terima kasih hariz kerana melahirkan perasaan ini dalam hati sarah.

Ramai lelaki yang cuba mendekati sarah, cuba mengambil hatinya pelbagai cara kerana tahu sarah masih belum di miliki oleh sesiapa. Siapa yang tidak terpikat dengan si jelita, lembut dan manis sarah itu. Tetapi pintu hatinya telah tertutup sejak 2 tahun yang lepas dan masih belum terdetik lagi untuk membukanya pada sang arjuna. Sarah sibuk memikirkan kerjayanya dan tidak menghiraukan hal perkahwinan walaupun umurnya sudah meningkat 26 tahun.Bagi sarah ketika ini, carrier comes first. Walaupun telinganya kerap dengar bebelan dari ibunya yang menyuruhnya mencari calon untuk berkahwin.Tetapi sarah abaikannya dan mementingkan kerjaya sebagai doktor.

“Kalau ada jodoh sarah, insyallah adalah nanti” kata sarah kepada ibunya. Lebih ratusan kali ibu sarah mendengar jawapan sebegitu darinya. Sudah masak dengan perangai anaknya itu, yang sibuk mementingkan kerjaya nya dulu. Bahkan anaknya itu sudah ada perancangan hendak membuka bisnes kecantikan.

Hidup sarah banyak dipenuhkan dengan aktiviti bersama rakan-rakan wanita nya. Bahkan ramai kawan-kawan university nya sudah bergelar isteri.Walaupun hati sarah sedih memikirkan tentang itu, tetapi disebabkan si lelaki hariz itu lah yang membuatkan sarah benci pada lelaki. Sarah masih tidak dapat melupakan cinta pertamanya,kenangan manis dan pahit tetap diingatan sarah. Walaupun sarah sudah memaafkannya sedikit demi sedikit tetapi masih ade perasaan geram atas apa yang dilakukan oleh hariz.

Ramai doktor-doktor di hospital cuba untuk mendekati sarah. Sarah diantara doctor wanita yang menjadi perhatian doktor-doktor lelaki.Wajahnya yang halus,kulitnya yang putih dan jelita membuatkan semua staff dan rakan doktor tertawan dengannya. Tetapi Sarah tetap dengan hati kerasnya tidak mengambil serius dan mengabaikan pelawaan dan lamaran daripada mereka. Sarah menganggap mereka sebagai rakan biasa sahaja.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Akhirnya sarah telah menamatkan housemenship. Dan kini bergelar MO(medical officer). Ini lah peringkat-peringkat yang dilalui oleh semua doktor dari housemen ke MO dan kemudianya ke specialist. Sarah masih lagi menyambung MO di hospital selayang tetapi dalam bidang dermatology. Bidang yang sesuai dengan minatnya yang ingin membuka beauty centre dalam beberapa bulan yang akan datang.

Hari Ahad adalah hari yang sentiasa dinantikan oleh sarah. Tiada oncall dan boleh rehat sepenuhnya dirumah menenangkan fikiran. Sarah tinggal seorang diri di rumahnya. Kadang-kadang adiknya selalu turun ke KL menemaninya.Cuma hari ini, adiknya tidak dapat datang ke rumah.

Sedang menonton astro, sarah mendapat telefon dari rakannya,Anas yang ingin mengajak sarah pergi ke rumah perkahwinan rakan universiti mereka. “Sarah,jom pergi rumah kahwin hanim hari ini.” Ajakan anas pada sarah.

“ alamak, lupa pula hari ini kahwin si hanim.Aku tengah kusyuk menenangkan pikiran ini.ok,kite pergi sama eh.nanti aku fetch kau la”jawab sarah dan terus pergi ke atas menyiapkan diri.

Setibanya di majlis perkahwinan hanim, sarah mencari kelibat rakan-rakan universitinya dan ingin menanya khabar mereka. Sedang sibuk mencari ternampak kelibat seorang lelaki yang pernah dilihatnya 4 tahun yang lalu . DIa masih kacak seperti dahulu ,tiada perubahan cuma nampak lebih matang dari sebelum ini. Hariz lelaki yang pernah menghancurkan hatiku dan membuatku benci pada lelaki.Sarah melihatnya dari jauh tanpa disedari oleh Hariz.

DIa termenung sendirian memikirkan kisah lama dan tanpa disedari seorang lelaki yang tinggi,tough kulit sawo matang menegur dan mematikan lamunannya. “ hai cik adik,jauh termenung. Pikirkan boyfriend ke?” tegur si lelaki itu pada sarah.

Sarah tersentap dan menjawab” errr.. tak lah.tengah mencari kawan “ . Dalam hati sarah masih tidak tenang memikirkan ape yang dilihatnya sebentar tadi.Rase tidak percaya apa yang dilihatnya.Kecil betul dunia ini.Sehingga kan ternampak lelaki yang telah menghancurkan hatinya. “Apa la yang dibuat oleh hariz disini. Naseb baek hariz tidak melihat sarah tadi” kate hati kecik sarah.

“Nama saya Adam. Nama awak sarah kan?” tanye lelaki yang menegurnya.

“yerp.sarah” jawab sarah yang malas untuk melayan lelaki itu.Walaupun lelaki depannya lebih kacak dari Hariz tetapi sedikit pun tidak mengugat imannya malah tiada mood untuk melayan perbualan dengan adam.

“tak rase pelik ke mane saya tahu name sarah? Actually saya da lame perhatikan sarah dari sarah mule-mula masuk hospital selayang lagi.saya doktor kat medical department. “ sambung adam lagi

“oyeke.hospital selayang.tapi sarah tak pernah terserempak pun dengan adam.sarah kat dermatology”jawab sarah lagi

Walaupun sedang berborak dengan adam,mata sarah tidak lekang mencuri pandang hariz. Walaupun lelaki itu telah menghancur hati dan harapannya tetapi sarah tetap ingin tahu mengenainya. Ini lah cinta pertama yang tidak dapat dilupakn. Tapi masih ada perasaan benci dan sakit hati pada hariz.

Sebelum pulang dari majlis perkahwinan, adam sempat lagi meminta nombor telefon dari sarah. Buat pertama kalinya sarah memberi nombor telefon sarah pada lelaki yang baru dikenalinya. Sebelum ini,kalau mana-mana lelaki ingin kontek sarah,mereka akan cuba dapatkan sendiri atau minta dari rakan-rakan sarah.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dua hari berlalu, sarah masih terbayangkan wajah hariz yang dilihatnya kelmarin.Masih sama seperti dulu. Perasaan benci dan meluat pada hariz silih berganti .

Sedang memikirkan hariz,tiba-tiba wajah adam selit dalam pikiran sarah. Mukanya yang hensem,percakapan nya yang lembut,badan yang tinggi,orangnya sopan dan lesung pipit dipipinya bermain di pikiran sarah. Pelik,tibe-tibe adam muncul dalam pikiran sarah. Sudah bertahun sarah tidak memikirkan mane-mana lelaki.tetapi malam ni muka adam muncul dalam ingatan sarah. Memang tidak dinafikan adam jauh lebih hensem dari hariz walaupun hariz sebenarnya hensem seakan model.

“aishhh,kenapa aku pikirkan si adam ni?! Please la aku menyampah dengan kaum adam! aku tak percayakan lelaki especially muka perasan hensem” kata sarah dengan nada menyampah. Selang seli wajah adam dan hariz muncul dalam pikiran sarah.

“ ya allah,kenapa adam tibe-tibe muncul dalam pikiran ku.andai kau telah membuka pintu hatiku pada lelaki ,kau temukan la aku pada jodoh yang baik keturunannya dan mampu membimbing ku ke jalan mu ya allah dan lelaki yang tidak mempermainkan perasaaan kaum hawa ya allah.”doa sarah pada NYA.

Sebelum tidur, seperti biase sarah set kan alarm pukul 6 pagi. Baru hendak melelapkan mata,deringan telefon berbunyi dan panggilan dari nombor yang tidak dikenali sarah.

“ assalammualaikum sarah, masih kenal tak ni sape?” tanye suara lelaki dalam telefon

“waalaikumussalam, hmmm sape yer?” jawab sarah.tapi hatinya rasekan orang yang sedang menelefonnya ialah adam.

“saya adam.ingat lagi?kite ada borak time majlis kahwin hanim hari tu” kate lelaki itu

“owh..adam rupanya.ingatkan sape la.nak ape yer?” jawab sarah.walaupun dalam hati ade perasaan gembira sebab dapat telefon dari adam. Lelaki yang tibe-tibe muncul dalam pikirannya sebentar tadi.

“minta maaf ganggu sarah tengah malam.I just nak wish goodd night kat sarah”sambung adam lagi

Perbualan sarah dengan adam begitu lama dan membuatkan sarah rase makin selesa bila berborak dengan adam.Tidak rase bosan seperti mane yang dirasainya dengan lelaki-lelaki sebelum ini yang cube untuk mengoratnya. Rasa macam ada chemistry antara kami. Percakapannya yang rendah diri dan topik yang kami borak tidak lari dari bidang perubatan dan terutamanya hobi yang sama membuatkan sarah berminat untuk bercakap dengan nya lebih lama.


Semakin hari adam dan sarah semakin akrab.Sering kali berjumpa di hospital dan lunch bersama. Handphone sarah kini sering bordering mendapat calling dan mesej dari adam. Kata-kata semangat dan caring dari adam membuatkan sarah terasa dihargai.Sarah begitu selesa berkawan dengan adam.Ciri-ciri lelaki idaman sarah cukup sempurna dalam diri adam. Cuma hati sarah masih tidak ready lagi untuk bercinta dan menerima seorang lelaki dalam hidupnya.Sarah takut perkara yang lepas berbuah dua kali. Cukup la penderitaan yang dialaminya 4 tahun yang lepas. Bukan senang sarah hendak melahirkan perasaan sayang dan percaya kepada lelaki buat masa sekarang. Sarah takut sarah dilukai lagi oleh kaum adam. Walaupun sarah tahu adam orangnya baik tapi sarah tetap ade perasaan was-was dengan lelaki.

3 bulan perkenalan sarah dengan adam tidak cukup untuk sarah melupakan hariz.Lelaki itu selalu menghantui hidup sarah. Sarah tahu adam seorang lelaki yang baik dan rendah diri, hormat orang tua dan gentlemn serta latar belakang keluarganya yang cukup baik walaupun adam anak seorang dato dari keluarga yang kaya raya.Tetapi adam tidak pernah merasa bangga malah rendah diri dengan apa yang dimilikinya. Dia tidak pernah kering dan kedekut idea dan ilmu untuk berkongsi dengan sarah. Memang tidak dinafikan adam mempunyai IQ yang tinggi dan merupakan bekas pelajar dari lulusan Ireland

Sepanjang perkenalan sarah dengan adam, die berjaya membuat sarah gembira dan ketawa.

Dalam kereta,on the way ke Mid valley

“sarah,adam nak tanye boleh,kenapa sarah tak percayakan laki?ade sejarah silam ke?minta maaf kalo adam tanye lebih.Kalo tak nak jawab adam paham.”tanye adam pada sarah

Sarah terdiam apabila mendengar soalan yang terkeluar dari mulut adam

“hmm..tak ape.sarah akan cuba jawab k.and lagipun adam patut tahu hal sebenar kenapa sarah tolak lamaran adam tempoh hari”jawab sarah

Sarah explain segalanya pada adam dari a to z. Sehinggakan air matanya mengalir deras memikirkan semula apa yang terjadi padanya.

Adam mencapai tangan sarah dan memegangnya erat serta mengambil kain dari poketnya dan lap air mata sarah.

“sabar sarah,semua yang tuhan dugakan itu ade sebab.Jodoh pertemuan dan perpisahan ditangan tuhan.Kita sebagai hamba hanya mampu berusaha dan berdoa. Adam percaya sarah seorang yang tabah bahkan sehingga kini sarah mampu berdiri tanpa hariz.insyallah tuhan akan permudahkan urusan orang yang tabah disisiNYA.Tidak semua lelaki jahat dan tidak semua lelaki baik.Guna hati dan penglihatan untuk memilih antara yang terbaik untuk kita” Pujuk adam pada sarah

Sejuk hati sarah mendengar pujukan dan kata-kata semangat dari adam. Walaupun sarah menolak lamaran tempoh hari ,adam tetap sabar menunggu sarah dan tidak memaksa perasaannya untuk menerima adam.

“Thanks adam sudi jadi kawan sarah yang baik dan mendengar rintihan sarah.Sarah selalu berdoa semoga dibukakan hati sarah pada seorang lelaki yang baik dan memaafkan hariz.”kata sarah


Beberapa bulan perkenalan sarah dengan adam,membuatkan sarah ingin memintak petunjuk dari tuhan mengenai jodohnya dengan adam.Sebelum tidur sarah menunaikan solat istikharah,dan mengaharap jodoh yang terbaik untuknya.3 hari berturut-turut sarah menunaikan solat istikharah dan wajah yang dilihatnya adalah seorang lelaki yang layak menjadi suami sarah iaitu adam.Lelaki yang sangat memahami sarah.dan sarah bersyukur kerana dia muncul dalam mimpi sarah. Tapi,adam tidak tahu lagi mengenai solat istikharah yang sarah lakukan.

Seperti biase,setiap hari pasti adam akan menelefon sarah tanya khabar. Seminggu selepas solat istikharah,sarah mengajak adam keluar.

“adam,sarah dah bersedia untuk berkawan dengan adam dengan lebih rapat.sarah harapkan kita dapat kenal hati budi masing-masing” kata sarah pada adam sambil merenung mata adam .

Riak muka adam sangat gembira dan berkata “thanx sarah sudi bukakan pintu hati sarah untuk adam.Adam janji adam akan cuba menjaga hati sarah sebaik mungkin.Susah untuk adam ungkapan ape yang adam rasekan sekarang.terlalu gembira.ni semua doa yang adam pohon akhirnya tuhan kabulkan.syukur.”jawab adam sambil melihat wajah sarah yang cantik dan lembut.

Hari-hari indah bermula dalam hidup sarah,akhirnya pintu hatinya terbuka pada seorang lelaki yang bernama Adam bin Dato Zahril. 4 tahun lebih hidup sarah sunyi tanpa kehadiran lelaki akhirnya adam muncul membahagiakan hari-hari sarah. Mereke berkenalan dengan lebih rapat lagi dan direstui oleh kedua belah keluarga.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ini sangat penat bagi sarah kerana kehidupanya di hospital.Merawat pesakit dan sibuk menjaga bisnes beauty centre yang telah dibuka oleh sarah setahun yang lepas.Begelar bisnes woman dan doktor sekaligus tidak memberi keluhan pada sarah kerana itu adalah tanggujawab dan minatnya.bahkan Adam kerap memberi kata-kata semangat dan nasihat pada sarah. Adam lelaki yang caring walaupun jarak umur 4 tahun antara kami membuatkan sarah selesa dengan perwatakannya yang matang dan memahami..Dia seorang yang penyanyang,romantis kadang-kadang ada saja kejutan yang dilakukannya untuk sarah. 

Sebelum tidur seperti biasa,deringan telefon dari adam.­­

“Kring, Kring “  sarah terus mencapai telefon tanpa melihat nama yang tertera dan menjawab salam

“waalaikumussalam” jawab sarah dan terdiam seketika kerana suara di dalam telefon bukannya dari adam tetapi dari lelaki yang pernah menghancurkan hati sarah.

“Ni hariz,minta maaf ganggu sarah . Hariz tak dapat lupakan sarah” kata hariz

Sarah terdiam seketika.Tidak sangka lelaki itu muncul semula dalam hidup sarah.Apa yang dia inginkan dari aku?aku telah buang kau jauh-jauh dari hidup aku.Bisik sarah dalam hati.

“Hana tinggalkan hariz.hariz masih tidak dapat lupakan sarah.cinta pertama hariz”sambung hariz lagi.

“minta maaf.hariz sudah lenyap dalam hidup sarah.terima kasih atas ape yang hariz lakukan pada sarah beberapa tahun yang lepas.maybe itu balasan dari tuhan ape yang hariz lakukan pada sarah.selamat tinggal.sarah ade hidup sarah sendiri tolong jangan ganggu sarah.bye” kata sarah dengan nada mara dan terus mematikan telefon. Sarah rasa puas dengan apa yang dikatakannya pada hariz.Rasakan ape yang telah kau lakukan pada aku dulu. Walaupun hatinya tidak sampai hati melihat hariz sebegitu,tetapi sarah terpaksa melakukan nya sebab sarah mempunyai hidup baru sarah sendiri bersama adam.Lelaki yang sangat memahami sarah dan pandai menjaga perasaan wanita.Memang tidak dinafikan sarah masih ade perasaan sayang disebalik kebencian sarah padanya.

Kenapa hariz hadir dalam hidup sarah semula?Kenapa Hariz ganggu hidup sarah ketika adam sedang membahagiakan sarah? Sarah dilema.




Sambungan……..




p/s: sambungan part-2 belum disiapkan lagi.heee..tengah mencari mood untuk sambung kisah Sarah, Adam dan Hariz.


Adakah Hariz layak memiliki Sarah semula?...nantikan..